Tuesday, December 1, 2015

YUS JAMBU dalam kenangan.....


Assalamualaikum kepada pembaca semua....

         Hari ini merupakan hari berduka cita buat peminat Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin...

          Sedikit info mengenai arwah buat mereka yang tidak mengenali siapakah pemilik nama Yus Jambu.   Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Kerjaya seni beliau bermula bila menyertaSinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3. Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. Sejak daripada menyertai Jambu, Arwah mula mendapat perhatian ramai dengan lawaknya yang menggelikan hati...

          CW sendiri sebenarnya tidak berapa mengikuti perkembangan artis lawak Malaysia, tetapi hanya sekadar tengok sekali sekala apabila kawan yang merupakan peminat tegar menunjukkan video-video lawak mereka ketika berada di hostel... Jikalau bukan kerana teman CW, besar kemungkinan CW tidak tahu siapakah YUS JAMBU... Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmatNya...Amiin..al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment