Saturday, December 12, 2015

Outing Pertama sejak masuk UKM


   Assalamualaikum….

            Harini CW nak throwback outing bersama kawan pada Jumaat lepas…CW telah membawa Zra dan Echa ke Taman Botani Putrajaya setelah penat bergotong-royong… Pada mulanya, kami bersetuju untuk gerak selepas Zohor, namun kepenatan yang melanda tidak dapat menghalang kami dari terlajak tidur J hehehehe


            Lebih kurang pukul 3 kami bertolak ke Putrajaya… Setiap perjalanan pasti ada cabarannya, disebabkan CW bukanlah pakar arah jalan, kami memerlukan bantuan Mr Google Maps untuk sampai ke destinasi… Tapi apakan daya, Internet diperlukan untuk menggunakan aplikasi tersebut… dengan berbekalkan seciput Data Internet, kami sampai ke Taman Botani selepas terlepas simpang masuk… Walaupun ianya bukanlah kali pertama CW pergi ke Taman Botani tetapi sudah lebih 5 kali, namun masih sesat di jalan lurus menuju ke sana… (p/s: nampaknya CW memang tiada harapan untuk menjadi penunjuk arah….hahahaha) 

          Selepas ke Taman Botani, Zra mengajak CW pergi ke cruise di tasik Putrajaya..Malangnya, hujan mula turun sebelum sempat CW memberi kata putus..huhuhu... Teringat pula CW sewaktu pertama kali menaiki cruise tersebut bersama keluarga...

Kapten yang bertugas mengemudi kapal....

Pose wajib ketika menaiki cruise mestilah dari adegan dalam filem Titanic....


No comments:

Post a Comment