Friday, December 11, 2015

Saya Sayang FEP 2.0

   Assalamualaikum…..

            Hari Jumaat merupakan hari cuti buat rakyat negeri Selangor iaitu Hari Keputeraan Sultan Selangor… Bagi memanfaatkan waktu cuti, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menganjurkan aktiviti gotong-royong untuk menceriakan kawasan pembelajaran..Program tersebut diberi nama Saya Sayang FEP 2.0 susulan daripada Saya Sayang FEP 1.0… CW dan rakan pun mengambil peluang ini untuk berbakti kepada fakulti yang tercintaaa J…

           Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi…Makanan pagi dan tengahari diberi percuma kepada 50 peserta terawal..Alhamdulillah, CW adalah peserta yang ke 23…Yaahooo!!!! Sarapan yang diberikan ialah nasi lemak dan air mineral…Selepas makan, kami di berikan taklimat berkenaan kawasan yang terlibat…


           Tepat pukul 9.30 pagi, kerja-kerja mengecat dimulakan…CW ditugaskan untuk mengecat bilik seminar 4 bersama 2 orang ahli kumpulan… Kerja mengecat memang Nampak mudah, tetapi sebenarnya ia amat memenatkan kerana menggunakan tenaga tangan untuk masa yang lama… Baru satu bahagian dinding, tangan CW sudah mula merasa lemah… Namun kerja mesti diteruskan tanpa membuang masa… CW dan rakan-rakan memerah kudrat bagi menyiapkan kerja yang ditugaskan..


          Akhirnya, usaha kami tidak sia-sia apabila hasil yang diperoleh amat memuaskan… Selesai mengecat, kami menyusun kerusi meja supaya nmpak kemas dan membersihkan sebarang tumpahan cat pada lantai… Lebih kurang jam 12.30 tengahari, segala kerja telah siap, kami pun menuju ke dewan kuliah untuk mengambil makanan tengahari… Menu tengahari ialah nasi ayam dan air sirap… Air sirap yang sejuk amat menyegarkan bila diminum setelah penat bekerja….


Tadaaaa...Inilah hasil penat lelah kami selama 3 jam mengecat...hehehe

No comments:

Post a Comment