Monday, December 14, 2015

Cuti Piala Malaysia!!!!


        Tahniah buat pasukan negeri Selangor The Red Giants kerana telah menjuarai Piala Malaysia edisi ke-89...Berita baik buat penduduk negeri Selangor, cuti peristiwa telah diberikan untuk meraikan peristiwa bersejarah buat negeri Selangor apabila telah berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan 2-0 sekali gus merangkul kejuaraan. 



       Cuti bermaksud pelajar universiti di Selangor juga turut bercuti termasuklah CW.. Disebabkan cuti ini, kelas terakhir Aplikasi Komputer terpaksa dibatalkan... Oleh itu, pelajar disuruh menyiapkan segala tugasan yang masih belum dihantar... CW juga mengambil peluang cuti ini untuk menghabiskan kerja-kerja yang tertunggak..hehehe

      Post ini merupakan post terakhir untuk assignment Aplikasi Komputer iaitu sebanyak 18 entri... Sepatutnya jumlah entri adalah 28, tetapi disebabkan CW masuk lewat sebulan 1 minggu, jumlah entri yang harus dibuat hanyalah 18... Walaubagaimanapun, jika ada masa terluang, CW akan terus menulis entri-entri baru.. Sejak mula menulis blog ini, CW mendapati minat terhadap bidang penulisan semakin membara... Oleh itu, CW ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek ini kerana memberi peluang kepada CW untuk bertemu dengan minat baru....

No comments:

Post a Comment