Saturday, December 5, 2015

Hi Tea 3PIB2KL

Assalamualaikum...

         Harini CW nak cerita pengalaman CW mengikuti mesyuarat koperasi yang berlamgsung di Sekolah Aminuddin Baki.. Pada hari tersebut juga berlangsungnya majlis menandatangani MOU antara pihak koperasi dan syarikat yang bakal bekerjasama dalam aktiviti yang bakal diadakan...

          Sebaik sahaja CW sampai di dewan, Hi Tea telah pun bermula diikuti dengan majlis perasmian dan majlis menandatangani pada akhirnya... Antara yang terlibat dalam MOU ini adalah seorang speaker muda yang lebih dikenali dengan nama Caprice... Caprice banyak melawat sekolah-sekolah untuk menyemai semangat belajar dalam diri pelajar..program yang sedang dijalankan oleh Caprice ialah #nopelajarleftbehind dan banyak lagi...



          3PIBK2KL merupakan persatuan koperasi yang baru sahaja ditubuhkan tahun lepas... Walaupun masih baru, banyak aktiviti besar yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah Misi Bantuan Banjir dan Karnival Kerjaya dan Pendidikan.. Koperasi ini dinaungi oleh Datuk Wan Zaidi juga selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Aminuddin Baki..

         Diharap misi murni 3PIB2KL ini dapat berterusan dan dijlankan dengan lebih rancak lagi...

No comments:

Post a Comment