Tuesday, November 10, 2015

Carpal Tunnel Syndrome


        Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan satu penyakit yang melibatkan urat saraf… Harini CW nak cerita pasal penyakit ni sebab mak CW menjalani pembedahan bagi CTS ini. Sudah masuk kali kedua mak CW menjalani pembedahan tersebut… Sebelum ini untuk tangan kanan dan hari ini untuk tangan kiri…

         CTS terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.

Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.







No comments:

Post a Comment