Sunday, November 1, 2015


Assalamualaikum...

      Tanggal 1 November 2015, Ahad telah berlangsungnya hari bersejarah iaitu majlis konvokesyen UiTM ke 83 yang merupakan tanda penamatku bergelar seorang pelajar diploma perbankan. Segala penat lelah sepanjang 3 tahun mengharungi hidup sebagai pelajar diploma telah berakhir. Walaubagaimanapun, usaha mencari ilmu tidak terhenti setakat itu. Kini, diri ini bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di UKM.




  
  Sungguh ramai yang bertanya sebab tidak menyambung degree di UiTM sebaliknya di UKM. Tidak dinafikan jika di UiTM tempoh pembelajaran hanyalah 2 tahun setengah jika dibandingkan dengan UKM yang memakan masa 3 hingga 4 tahun. Sebab utamanya adalah disebabkan UKM lebih dekat dengan rumah dimana hanya 5 minit perjalanan…hahaha…
   

No comments:

Post a Comment