Friday, November 6, 2015

EXAM!!! ARGHHH!!!!


       Dup dap dup dap….debaran menanti peperiksaan pertengahan semester Prinsip Perakaunan akhirnya berlalu… Menjawab soalan di dalam sebuah bilik mesyuarat yang hanya mempunyai 3 orang pelajar amat mendebarkan…terpaksa membuat peperiksaan gentian kerana tidak dapat menghadiri peperiksaan pada 1 haribulan yg lalu...

       Sebab musabab ketiga – tiga pelajar adalah sama iaitu menghadiri konvokesyen… dan tidak disangka rupanya salah seorang pelajar tesebut merupakan bekas pelajar dari IPTS yang sama dengan CW sewaktu diploma dahulu...

        Sebaik selesai menjawab peperiksaan, kami diajak oleh staff pejabat untuk menjamah kuih yang ada diluar bilik mesyuarat...katanya staff tersebut, mereka mengadakan jamuan kecil dimana makanan dibawa secara pot luck... Kami pun apa lagi, rezeki depan mata takkan ditolak...hehehe

       Sambil makan, kami berbual tentang soalan yang baharu dijawab...masing-masing kurang berpuas hati dengan jawapan yang ditulis...kahkahkah...tunggu dan lihat sajalah keputusannya nanti...







No comments:

Post a Comment