Saturday, November 28, 2015

Majlis PERMATA KAB


       Kelab Bestari KAB telah menganjurkan majlis makan malam PERMATA KAB untuk meraikan pelajar tahun satu yang mendiami Kolej Aminuddin Baki....Semua pelajar tahun satu telah dijemput hadir... Sungguh ramai yang hadir sehingga terpaksa menambah meja lagi...

     Program ini bermula dari pagi dengan gotong-royong memasak untuk majlis makan malam nanti...Aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni.... Menu utamanya ialah nasi tomato dan ayam masak merah....

    Majlis makan malam dimulakan dengan ucapan dari Pengetua Kolej dan diakhiri dengan persembahan dari ajk program...Waktu yang diluangkan mungkin sekejap, namun kami sangat seronok dapat bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.... HIDUP AMIN!!!

No comments:

Post a Comment