Sunday, November 15, 2015

Assalamualaikum kepada semua pembaca caliph words......

     Hari ini nak promote tentang Hari Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang bakal berlangsung bermula 23 November hingga 26 November 2015...Program ini diadakan untuk memupuk semangat dan jiwa keusahawanan dalam diri pelajar disamping dapat menambah pengalaman...

     Semua pelajar berpeluang untuk menyertai Hari Keusahawanan ini, tidak kiralah berniaga, ataupun bermain permainan menarik yang disediakan. Contoh gerai yang bakal dibuka ialah gerai makanan seperti bakso, goreng pisang dan murtabak maggi dan juga gerai pakaian... Majoriti gerai disertai oleh biro-biro kolej dan kelab atau persatuan... Permainan yang bakal diadakan pula ialah, cash for trash, catur Bestari dan FIFA..

     Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan Hari Keusahawanan KAB yang bakal tiba tidak lama lagi...Banyak aktiviti menarik termasuklah acara cabutan bertuah menanti anda!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah misteri..


No comments:

Post a Comment