Monday, December 14, 2015
Cuti Piala Malaysia!!!!
Tahniah buat pasukan negeri Selangor The Red Giants kerana telah menjuarai Piala Malaysia edisi ke-89...Berita baik buat penduduk negeri Selangor, cuti peristiwa telah diberikan untuk meraikan peristiwa bersejarah buat negeri Selangor apabila telah berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan 2-0 sekali gus merangkul kejuaraan.
Cuti bermaksud pelajar universiti di Selangor juga turut bercuti termasuklah CW.. Disebabkan cuti ini, kelas terakhir Aplikasi Komputer terpaksa dibatalkan... Oleh itu, pelajar disuruh menyiapkan segala tugasan yang masih belum dihantar... CW juga mengambil peluang cuti ini untuk menghabiskan kerja-kerja yang tertunggak..hehehe
Post ini merupakan post terakhir untuk assignment Aplikasi Komputer iaitu sebanyak 18 entri... Sepatutnya jumlah entri adalah 28, tetapi disebabkan CW masuk lewat sebulan 1 minggu, jumlah entri yang harus dibuat hanyalah 18... Walaubagaimanapun, jika ada masa terluang, CW akan terus menulis entri-entri baru.. Sejak mula menulis blog ini, CW mendapati minat terhadap bidang penulisan semakin membara... Oleh itu, CW ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek ini kerana memberi peluang kepada CW untuk bertemu dengan minat baru....
Saturday, December 12, 2015
Outing Pertama sejak masuk UKM
Assalamualaikum….
Harini CW nak throwback outing bersama kawan pada Jumaat
lepas…CW telah membawa Zra dan Echa ke Taman Botani Putrajaya setelah penat
bergotong-royong… Pada mulanya, kami bersetuju untuk gerak selepas Zohor, namun
kepenatan yang melanda tidak dapat menghalang kami dari terlajak tidur J hehehehe
Lebih kurang pukul 3 kami bertolak ke Putrajaya… Setiap
perjalanan pasti ada cabarannya, disebabkan CW bukanlah pakar arah jalan, kami
memerlukan bantuan Mr Google Maps untuk sampai ke destinasi… Tapi apakan daya,
Internet diperlukan untuk menggunakan aplikasi tersebut… dengan berbekalkan
seciput Data Internet, kami sampai ke Taman Botani selepas terlepas simpang
masuk… Walaupun ianya bukanlah kali pertama CW pergi ke Taman Botani tetapi
sudah lebih 5 kali, namun masih sesat di jalan lurus menuju ke sana… (p/s:
nampaknya CW memang tiada harapan untuk menjadi penunjuk arah….hahahaha)
Selepas ke Taman Botani, Zra mengajak CW pergi ke cruise di tasik Putrajaya..Malangnya, hujan mula turun sebelum sempat CW memberi kata putus..huhuhu... Teringat pula CW sewaktu pertama kali menaiki cruise tersebut bersama keluarga...
Kapten yang bertugas mengemudi kapal....
Pose wajib ketika menaiki cruise mestilah dari adegan dalam filem Titanic....
Friday, December 11, 2015
Saya Sayang FEP 2.0
Assalamualaikum…..
Hari Jumaat merupakan hari cuti buat rakyat negeri Selangor
iaitu Hari Keputeraan Sultan Selangor… Bagi memanfaatkan waktu cuti, Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan menganjurkan aktiviti gotong-royong untuk menceriakan kawasan
pembelajaran..Program tersebut diberi nama Saya Sayang FEP 2.0 susulan daripada
Saya Sayang FEP 1.0… CW dan rakan pun mengambil peluang ini untuk berbakti
kepada fakulti yang tercintaaa J…
Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi…Makanan
pagi dan tengahari diberi percuma kepada 50 peserta terawal..Alhamdulillah, CW
adalah peserta yang ke 23…Yaahooo!!!! Sarapan yang diberikan ialah nasi lemak
dan air mineral…Selepas makan, kami di berikan taklimat berkenaan kawasan yang
terlibat…
Tepat pukul 9.30 pagi, kerja-kerja mengecat dimulakan…CW
ditugaskan untuk mengecat bilik seminar 4 bersama 2 orang ahli kumpulan… Kerja
mengecat memang Nampak mudah, tetapi sebenarnya ia amat memenatkan kerana
menggunakan tenaga tangan untuk masa yang lama… Baru satu bahagian dinding,
tangan CW sudah mula merasa lemah… Namun kerja mesti diteruskan tanpa membuang
masa… CW dan rakan-rakan memerah kudrat bagi menyiapkan kerja yang ditugaskan..
Akhirnya, usaha kami tidak sia-sia apabila hasil yang
diperoleh amat memuaskan… Selesai mengecat, kami menyusun kerusi meja supaya
nmpak kemas dan membersihkan sebarang tumpahan cat pada lantai… Lebih kurang
jam 12.30 tengahari, segala kerja telah siap, kami pun menuju ke dewan kuliah
untuk mengambil makanan tengahari… Menu tengahari ialah nasi ayam dan air
sirap… Air sirap yang sejuk amat menyegarkan bila diminum setelah penat
bekerja….
Tadaaaa...Inilah hasil penat lelah kami selama 3 jam mengecat...hehehe
Saturday, December 5, 2015
Hi Tea 3PIB2KL
Assalamualaikum...
Harini CW nak cerita pengalaman CW mengikuti mesyuarat koperasi yang berlamgsung di Sekolah Aminuddin Baki.. Pada hari tersebut juga berlangsungnya majlis menandatangani MOU antara pihak koperasi dan syarikat yang bakal bekerjasama dalam aktiviti yang bakal diadakan...
Sebaik sahaja CW sampai di dewan, Hi Tea telah pun bermula diikuti dengan majlis perasmian dan majlis menandatangani pada akhirnya... Antara yang terlibat dalam MOU ini adalah seorang speaker muda yang lebih dikenali dengan nama Caprice... Caprice banyak melawat sekolah-sekolah untuk menyemai semangat belajar dalam diri pelajar..program yang sedang dijalankan oleh Caprice ialah #nopelajarleftbehind dan banyak lagi...
3PIBK2KL merupakan persatuan koperasi yang baru sahaja ditubuhkan tahun lepas... Walaupun masih baru, banyak aktiviti besar yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah Misi Bantuan Banjir dan Karnival Kerjaya dan Pendidikan.. Koperasi ini dinaungi oleh Datuk Wan Zaidi juga selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Aminuddin Baki..
Diharap misi murni 3PIB2KL ini dapat berterusan dan dijlankan dengan lebih rancak lagi...
Harini CW nak cerita pengalaman CW mengikuti mesyuarat koperasi yang berlamgsung di Sekolah Aminuddin Baki.. Pada hari tersebut juga berlangsungnya majlis menandatangani MOU antara pihak koperasi dan syarikat yang bakal bekerjasama dalam aktiviti yang bakal diadakan...
Sebaik sahaja CW sampai di dewan, Hi Tea telah pun bermula diikuti dengan majlis perasmian dan majlis menandatangani pada akhirnya... Antara yang terlibat dalam MOU ini adalah seorang speaker muda yang lebih dikenali dengan nama Caprice... Caprice banyak melawat sekolah-sekolah untuk menyemai semangat belajar dalam diri pelajar..program yang sedang dijalankan oleh Caprice ialah #nopelajarleftbehind dan banyak lagi...
3PIBK2KL merupakan persatuan koperasi yang baru sahaja ditubuhkan tahun lepas... Walaupun masih baru, banyak aktiviti besar yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah Misi Bantuan Banjir dan Karnival Kerjaya dan Pendidikan.. Koperasi ini dinaungi oleh Datuk Wan Zaidi juga selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Aminuddin Baki..
Diharap misi murni 3PIB2KL ini dapat berterusan dan dijlankan dengan lebih rancak lagi...
Tuesday, December 1, 2015
YUS JAMBU dalam kenangan.....
Assalamualaikum kepada pembaca semua....
Hari ini merupakan hari berduka cita buat peminat Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin...
Sedikit info mengenai arwah buat mereka yang tidak mengenali siapakah pemilik nama Yus Jambu. Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Kerjaya seni beliau bermula bila menyertaSinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3. Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. Sejak daripada menyertai Jambu, Arwah mula mendapat perhatian ramai dengan lawaknya yang menggelikan hati...
CW sendiri sebenarnya tidak berapa mengikuti perkembangan artis lawak Malaysia, tetapi hanya sekadar tengok sekali sekala apabila kawan yang merupakan peminat tegar menunjukkan video-video lawak mereka ketika berada di hostel... Jikalau bukan kerana teman CW, besar kemungkinan CW tidak tahu siapakah YUS JAMBU... Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmatNya...Amiin..al-Fatihah...
Subscribe to:
Posts (Atom)