Monday, November 30, 2015

KONVO lagiiii


       Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa CW konvo sampai 2 kali.... Meh CW bagitau sebabnya....
Disebabkan CW belajar di KPTM tetapi mengambil kursus dibawah UiTM, CW dapatlah merasa konvo dari kedua-dua institut pengajian ini...

Malangnya, kos konvo yang agak tinggi menyebabkan ramai pelajar UiTM tidak hadir konvo KPTM....hanya seorang rakan termasuk CW yang datang daripada 102 pelajar kursus diploma perbankan UiTM....Mujur masih ramai dari kolej cawangan lain yang ada untuk memenuhkan dewan PICC yang besar itu...phewww

Nahh CW payung satu gambar :)

Saturday, November 28, 2015

Majlis PERMATA KAB


       Kelab Bestari KAB telah menganjurkan majlis makan malam PERMATA KAB untuk meraikan pelajar tahun satu yang mendiami Kolej Aminuddin Baki....Semua pelajar tahun satu telah dijemput hadir... Sungguh ramai yang hadir sehingga terpaksa menambah meja lagi...

     Program ini bermula dari pagi dengan gotong-royong memasak untuk majlis makan malam nanti...Aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni.... Menu utamanya ialah nasi tomato dan ayam masak merah....

    Majlis makan malam dimulakan dengan ucapan dari Pengetua Kolej dan diakhiri dengan persembahan dari ajk program...Waktu yang diluangkan mungkin sekejap, namun kami sangat seronok dapat bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.... HIDUP AMIN!!!

Wednesday, November 25, 2015

Malam Ramah Mesra bersama TNC HEPA


Hari Keusahawanan KAB masih lagi berlangsung... kebetulan hari ini merupakan hari CW bertugas... CW memulakan segala persiapan pada pukul 3 petang memandangkan gerai akan dibuka pada pukul 5 petang... Sudah masuk hari ketiga, namun, sambutan dari pelajar masih hangat terhadap goreng pisang sambal kicap kami...hehehe

     Pada waktu malam pula, TNC HEPA datang melawat disamping mengadakan sesi soal jawab bersama penghuni KAB... Banyak soalan dan cadangan ditanya dan diberikan kepada TNC oleh para penghuni...Diharap pembaikan dapat segera dijalankan untuk menjamin keselesaan penghuni KAB di masa hadapan...HIDUP AMIN!!!!

Monday, November 23, 2015


     Minggu yang dinanti-nantikan sudah tiba!!! Hari Keusahawanan KAB sudah bermula mulai hari ini pada pukul 5 petang hingga 11 malam... CW sebagai ahli biro Hal Ehwal Luar & Alumni (HELA) tidak lepas dalam tugas menjaga gerai.. Gerai HELA menjual makanan yang sesuai untuk meluangkan petang anda iaitu Goreng Pisang bersama sambal kicap, cucur, dan air tembikai laici...



     Marilah kita beramai-ramai serbu gerai HELA dan gerai-gerai yang lain... Selamat membeli!!!!

Wednesday, November 18, 2015

TEST Matematik untuk Perniagaan

     
        Mid Sem Matematik untuk Perniagaan berlangsung pada jam 8 malam di BPA… Pertama kali menghadiri kuliah atau peperiksaan pada waktu malam… Dewan peperiksaan penuh dengan ratusan pelajar yang menanti untuk menghadapi peperiksaan…


       Sementara menunggu kebenaran untuk memasuki dewan peperiksaan, semua pelajar sibuk membaca nota masing masing buat kali terakhir… Sebaik sahaja masuk dewan, semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing... CW duduk di bahagian tengah dewan dengan rasa nervous yang amat..hahaha... sebelum start menjawab, doa penerang hati tidak lupa dibaca...

     
Akhirnya waktu menjawab tamat... CW pulang dengan harapan keputusan yang bakal diterima tidak akan mengecewakan...huhhuhu

Sunday, November 15, 2015

Assalamualaikum kepada semua pembaca caliph words......

     Hari ini nak promote tentang Hari Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang bakal berlangsung bermula 23 November hingga 26 November 2015...Program ini diadakan untuk memupuk semangat dan jiwa keusahawanan dalam diri pelajar disamping dapat menambah pengalaman...

     Semua pelajar berpeluang untuk menyertai Hari Keusahawanan ini, tidak kiralah berniaga, ataupun bermain permainan menarik yang disediakan. Contoh gerai yang bakal dibuka ialah gerai makanan seperti bakso, goreng pisang dan murtabak maggi dan juga gerai pakaian... Majoriti gerai disertai oleh biro-biro kolej dan kelab atau persatuan... Permainan yang bakal diadakan pula ialah, cash for trash, catur Bestari dan FIFA..

     Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan Hari Keusahawanan KAB yang bakal tiba tidak lama lagi...Banyak aktiviti menarik termasuklah acara cabutan bertuah menanti anda!!! Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi hadiah misteri..


Tuesday, November 10, 2015

Carpal Tunnel Syndrome


        Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan satu penyakit yang melibatkan urat saraf… Harini CW nak cerita pasal penyakit ni sebab mak CW menjalani pembedahan bagi CTS ini. Sudah masuk kali kedua mak CW menjalani pembedahan tersebut… Sebelum ini untuk tangan kanan dan hari ini untuk tangan kiri…

         CTS terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulangulang dan dengan kuat.

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.

Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.







Friday, November 6, 2015

EXAM!!! ARGHHH!!!!


       Dup dap dup dap….debaran menanti peperiksaan pertengahan semester Prinsip Perakaunan akhirnya berlalu… Menjawab soalan di dalam sebuah bilik mesyuarat yang hanya mempunyai 3 orang pelajar amat mendebarkan…terpaksa membuat peperiksaan gentian kerana tidak dapat menghadiri peperiksaan pada 1 haribulan yg lalu...

       Sebab musabab ketiga – tiga pelajar adalah sama iaitu menghadiri konvokesyen… dan tidak disangka rupanya salah seorang pelajar tesebut merupakan bekas pelajar dari IPTS yang sama dengan CW sewaktu diploma dahulu...

        Sebaik selesai menjawab peperiksaan, kami diajak oleh staff pejabat untuk menjamah kuih yang ada diluar bilik mesyuarat...katanya staff tersebut, mereka mengadakan jamuan kecil dimana makanan dibawa secara pot luck... Kami pun apa lagi, rezeki depan mata takkan ditolak...hehehe

       Sambil makan, kami berbual tentang soalan yang baharu dijawab...masing-masing kurang berpuas hati dengan jawapan yang ditulis...kahkahkah...tunggu dan lihat sajalah keputusannya nanti...







Sunday, November 1, 2015


Assalamualaikum...

      Tanggal 1 November 2015, Ahad telah berlangsungnya hari bersejarah iaitu majlis konvokesyen UiTM ke 83 yang merupakan tanda penamatku bergelar seorang pelajar diploma perbankan. Segala penat lelah sepanjang 3 tahun mengharungi hidup sebagai pelajar diploma telah berakhir. Walaubagaimanapun, usaha mencari ilmu tidak terhenti setakat itu. Kini, diri ini bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di UKM.




  
  Sungguh ramai yang bertanya sebab tidak menyambung degree di UiTM sebaliknya di UKM. Tidak dinafikan jika di UiTM tempoh pembelajaran hanyalah 2 tahun setengah jika dibandingkan dengan UKM yang memakan masa 3 hingga 4 tahun. Sebab utamanya adalah disebabkan UKM lebih dekat dengan rumah dimana hanya 5 minit perjalanan…hahaha…