Sunday, October 18, 2015

 Assalamualaikum...Hari ni nak post pasal fenomena alam yang melanda negara kita sekarang ni...
         JEREBU atau dalam bahasa Inggerisnya HAZE...

Jerebu menurut Wikipedia ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Bagi yang tak tau pasal IPU (Indeks Pencemaran Udara), ini lah cara nak ukur tahap kualiti udara kat Malaysia...

Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat

Sekarang ni jerebu melanda agak kerap menyebabkan sekolah terpaksa dicutikan untuk berhari lamanya. Adakah jerebu kali ini juga disebabkan pembakaran terbuka oleh negara jiran seperti yang diperkatakan banyak pihak...Mungkin jerebu kali ini adalah petanda daripada Allah swt??? Wallahualam...

 Sedikit info tentang jerebu menurut Islam...
• Jerebu adalah 10 tanda besar kiamat.

• Al Quran mmeperuntukkan satu surah khas mengenai jerebu iaitu ad-Dukhan surah,yang ke 44. Surah ini diberi nama sempena ayatnya yang ke-10 " dan tunggulah hari ketika langit membawa jerebu yang nyata."

• Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA" Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

• Kata Imam Nawawi dalam syarahanya, jerebu yg menandakan Kiamat akan berlansung selama 40 hari. Ia membawa kesan selsema dan sesak nafas kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar dan haiwan. (syarahan Muslim oleh Nawawi jld 18)

     Tidak kiralah benar atau tidak bahawa jerebu kali ini merupakan musibah daripada Allah swt, marilah kita sebagai umat Islam, meningkat amalan masing-masing untuk menghadapi hari Kiamat kelak. Bagi orang Islam, wajib lah kita untuk percaya bahawa setiap perkara yang terjadi di atas dunia ini adalah daripada kehendak Allah swt. Siapalah kita untuk menyangkal kekuasaan Allah swt. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya sentiasa beringat akan kedatangan hari kiamat yang bakal berlaku bila-bila masa...Wallahualam....Sekian kita bertemu lagi di post seterusnya...



                                             Surah Ad-Dukhan





No comments:

Post a Comment