Saturday, October 31, 2015

                      Assalamualaikum semua...

      Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan aktiviti konvokesyen kebanyakan institut pengajian tinggi tidak kira awam mahupun swasta...Sekarang ini sedang hangat berlangsungnya karnival konvo di UKM tempat Che We belajar tika ini...Che We juga bakal menghadiri majlis Konvokeseyen bagi Diploma Perbankan UiTM di UiTM Shah Alam pada hari ahad ini..tak zabarrnya nak grad...esok merupakan hari bersejarah buat Che We setelah 3 tahun bertungkus lumus menghadapi zaman diploma...Lagi 3 tahun In Shaa Allah Che We bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari UKM pula...

Trend terkini ramai graduan yang busy memenuhkan laman2 sosial memasing dengan gambar "preconvo". Pose2 wajib sambil menggayakan jubah konvo termasuklah membaling topi ke udara...kalau tiada gambar tersebut, tidak lengkap rasanya konvokesyen...hehehe




      Nampaknya sampai sini dulu post Che We harini...banyak kerja yang sedang menanti daku...exam akaun pun terpaksa ditangguh gara-gara konvokesyen esok...Semoga hari konvo esok berjalan dengan lancar...Amiinn....

Friday, October 23, 2015

Shooting Video Kesan Penggunaan Media Sosial


        Tugasan video pertama subjek Aplikasi Komputer telah berjaya diselesaikan dengan jayanya.. CW ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan yang telah memberikan komitmen yang sepenuhnya sewaktu penggambaran dijalankan...

         
        Walaupun video yang dihasilkan tidaklah segah mana, namun idea dan kreatiiti yang disumbangkan amat memuaskan... Penggambaran dibuat disekitar kolej kediaman bagi memudahkan serta menjmatkan masa.. Untungnya, KAB mempunyai spot yang menarik dan sesuai untuk setiap babak... Jadi, mengapa tidak kita gunakan kemudahan yang ada... Video pula dirakam dengan hanya menggunakan kamera smartphone...Almaklumlah, kualiti kamera telefon pintar kini boleh disama tarafkan dengan kamera profesional...



          Gambar diatas menunjukkan antara babak yang dilakonkan... Kami berharap tugasan ini mendapat markah yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan...Amiinn...

Sunday, October 18, 2015

 Assalamualaikum...Hari ni nak post pasal fenomena alam yang melanda negara kita sekarang ni...
         JEREBU atau dalam bahasa Inggerisnya HAZE...

Jerebu menurut Wikipedia ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Bagi yang tak tau pasal IPU (Indeks Pencemaran Udara), ini lah cara nak ukur tahap kualiti udara kat Malaysia...

Nilai IPUKualiti udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak sihat
201 - 300Sangat tidak sihat
301 - 400Berbahaya
401 - 500Sangat berbahaya
Lebih 501Darurat

Sekarang ni jerebu melanda agak kerap menyebabkan sekolah terpaksa dicutikan untuk berhari lamanya. Adakah jerebu kali ini juga disebabkan pembakaran terbuka oleh negara jiran seperti yang diperkatakan banyak pihak...Mungkin jerebu kali ini adalah petanda daripada Allah swt??? Wallahualam...

 Sedikit info tentang jerebu menurut Islam...
• Jerebu adalah 10 tanda besar kiamat.

• Al Quran mmeperuntukkan satu surah khas mengenai jerebu iaitu ad-Dukhan surah,yang ke 44. Surah ini diberi nama sempena ayatnya yang ke-10 " dan tunggulah hari ketika langit membawa jerebu yang nyata."

• Imam Muslim meriwayatkan dari Hudzaifah RA" Kiamat tidak akan terjadi hingga kalian melihat 10 tanda lalu baginda menyebut antaranya jerebu. (Muslim, #2901)

• Kata Imam Nawawi dalam syarahanya, jerebu yg menandakan Kiamat akan berlansung selama 40 hari. Ia membawa kesan selsema dan sesak nafas kepada orang mukmin dan menimpakan musibah besar kepada kaum kuffar dan haiwan. (syarahan Muslim oleh Nawawi jld 18)

     Tidak kiralah benar atau tidak bahawa jerebu kali ini merupakan musibah daripada Allah swt, marilah kita sebagai umat Islam, meningkat amalan masing-masing untuk menghadapi hari Kiamat kelak. Bagi orang Islam, wajib lah kita untuk percaya bahawa setiap perkara yang terjadi di atas dunia ini adalah daripada kehendak Allah swt. Siapalah kita untuk menyangkal kekuasaan Allah swt. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya sentiasa beringat akan kedatangan hari kiamat yang bakal berlaku bila-bila masa...Wallahualam....Sekian kita bertemu lagi di post seterusnya...



                                             Surah Ad-Dukhan





Wednesday, October 14, 2015

       Assalamualaikum wbt. kepada semua pembaca blog ini... tumpang lalu orang baru dalam dunia blogger ini... Diharap blog ini dapat memberi informasi mahupun inspirasi dalam hidup kita...hehehe


     Tujuan blog ni dibuat adalah sebagai salah satu daripada tugasan subjek Aplikasi Komputer...In Shaa Allah blog ini tidak lah hanya sekadar untuk memenuhi keperluan kursus tetapi sebagai platform untuk menjadi blogger yang ingin menambah ilmu di dunia siber ini... Amiin....


ohh sebelum terlupa nama diberi Wan Zulaikha bt Wan Zainal Abiddin...nama panggilan Wan...nama lain kalau dipanggil mungkin tak dilayan sebab takde lagi yang panggil nama lain selain family ye..untuk family je special sikit...huhuhu